suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih Banyak Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pukul 2 Petang

PETALING JAYA: Lebih banyak kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 2 petang Ahad berbanding awal hari ini.

Petaling Jaya (101), Shah Alam (104), Putrajaya (103), Batu Muda (103), Seremban (102), Port Dickson (103) dan Nilai (104) di Negeri Sembilan semuanya mencatatkan IPU tidak sihat pada pukul 2 petang.

Bandar Melaka (114), Bukit Rambai (106), Pelabuhan Klang (110) dan Banting (109) terus kekal pada tahap tidak sihat seperti sebelah pagi.

Di Sarawak, kualiti udara di Samarahan mencatatkan IPU 109 dan Kuching 102.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), 301 dan ke atas (berbahaya).
IPU, jerebu, kualiti udara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain