suria

Pendapat Tunku Ismail Dihormati Tapi Jangan Jejas Keharmonian - Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed.

JOHOR BARU: Walaupun menghormati pandangan peribadi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, usaha negara ke arah mencapai keharmonian dan perpaduan tidak boleh dihalang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata beliau menghormati pendapat Tunku Ismail bahawa Johor ada hak untuk menarik diri dari Malaysia tetapi merasakan perjuangan bagi memastikan perpaduan dan pembangunan berterusan di negara ini tidak patut disia-siakan.

"Saya menghormati pandangan peribadi beliau sebagai Tunku Mahkota Johor tetapi jangan biarkan usaha 60 tahun untuk mewujudkan negara Malaysia dijejaskan sentimen berasaskan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah untuk pembinaan bangunan tambahan di SJKC Kuo Kuang di sini, Sabtu.

Tunku Ismail memberi amaran bahawa kerajaan negeri akan menarik diri dari Malaysia jika berlakunya perlanggaran syarat-syarat.

Ditanya mengenai sentimen berdasarkan negeri yang dikongsi beliau di media sosial, Tunku Ismail berkata, rakyat berhak untuk mengetahui bahawa 'keadaan kucar-kacir' di Malaysia perlu sama sekali tidak dikaitkan dengan kerabat Johor.


Artikel Lain