suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Dalam Kemalangan

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaan mereka bertembung sesama sendiri di Jalan Batu 18 Jalan Alor Setar-Sungai Petani dalam kejadian pada 1.30 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Muhamad Halim Yatim berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohammad Shukri Omar, 27, dari Kampung Batu 18 Sungai Baru, Guar Chempedak dan Mohd Syahir Zulkifli, 27, dari Taman Setia, Pendang.

Beliau berkata pembonceng motosikal iaitu rakan Mohammad Shukri, Mohamad Ridwan Mohamad Rasid, 25, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Yan.

Muhamad Halim berkata siasatan mendapati motosikal dinaiki Mohd Syahir dalam perjalanan dari Kota Sarang Semut ke Sungai Petani sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki Mohammad Shukri yang datang dari Guar Chempedak.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga," katanya pada Sabtu.

Jelas beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

motosikal, maut

Artikel Lain