suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Polis Orang Asli Dilantik Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pulau Pinang

Ramli menerima watikah pelantikan bagi menggantikan Eng Hin sambil disaksikan Zakaria (tengah) di IPPK Pulau Pinang, Jumaat.

GEORGE TOWN: Pegawai polis di kalangan masyarakat Orang Asli yang menduduki jawatan paling tinggi di negara ini, Assisten Komisioner Ramli Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Jabatan Jenayah Komesial Pulau Pinang.

Ramli, 57 yang berkhidmat selama 31 tahun akan mengambil alih tugas Superitendan Teh Eng Hin.

Suku kaum Semai dari Pos Mensoon Cameron Highland itu sebelum ini mengetuai jabatan sama di Negeri Sembilan dengan pangkat Superitendan sejak 2007.

"Saya akan melaksanakan tugas dengan lebih sebaik mungkin untuk jabatan ini," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad yang mewakili Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir pada majlis penyerahan tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Jumaat.

Kata Zakaria, beliau percaya Ramli mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya berkhidmat di jabatan berkenaan.


Ramli Mohd Noor, Semai

Artikel Lain