suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar Godam Server Militan IS Akan Diekstradisi Ke AS - KPN

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota militan IS, yang pakar dalam menggodam server komputer, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat selepas ditahan oleh polis di ibu negara pada 15 September lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berusia 20 tahun itu telah memasuki negara ini pada Ogos tahun lepas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan komputer forensik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini.

"Hasil siasatan, suspek telah berkomunikasi dengan salah seorang pemimpin kanan militan IS di Syria bagi tujuan menggodam beberapa server yang mengandungi maklumat mengenai butir-butir anggota pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) sebelum disalurkan kepada bahagian operasi kumpulan itu untuk tindakan susulan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Khalid berkata pada awalnya, suspek telah diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Suspek kemudian ditahan menerusi waran tangkap sementara yang dikeluarkan oleh mahkamah dan dikini ditahan di bawah Akta Ekstradisi 1992 sementara menunggu prosiding ekstradisi ke Amerika Syarikat selesai.

"Tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat polis dengan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menangani ancaman keganasan khususnya ancaman kumpulan militan IS yang bersifat rentas sempadan," katanya.

militan, IS, Khalid Abu Bakar

Artikel Lain