suria

Bekas Atlet Sukma Bebas Tuduhan Merogol

PETALING JAYA: Seorang bekas atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis, atas tuduhan merogol pegawai pengiring bola baling pasukan itu.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan melepaskan Adib Adha Ismail, 20, tanpa perlu dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap tertuduh.

Adib bersama dua lagi, didakwa merogol mangsa di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang di antara pukul 4 pagi hingga 4.10 pagi, pada 4 Julai 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut laporan akhbar pada Julai 2013, mangsa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Susulan daripada laporan mangsa di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, polis menahan tiga atlet terbabit.




Sukma 2013, bebas, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain