Promosi Pelancongan, Makanan Malaysia Di Shanghai Tahun Depan - Semasa | mStar

Promosi Pelancongan, Makanan Malaysia Di Shanghai Tahun Depan

Nazri Abdul Aziz.

SHANGHAI: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merancang mengadakan promosi pelancongan dan makanan Malaysia di sini selama dua minggu pada tahun depan untuk merancakkan lagi industri pelancongan negara.

Menterinya Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata tarikh yang dirancang ialah selepas Hari Kebangsaan pada 31 Ogos sehingga Hari Malaysia (16 September) bagi mempromosi kesenian dan kebudayaan serta produk dan industri makanan.

'Minggu Makanan Malaysia' akan turut diadakan di samping pertunjukan kesenian oleh kumpulan kesenian kementerian, katanya.

"Pelancongan bukan sahaja melawat sesebuah negara bagi melihat bandar atau landskap tetapi makanan juga antara faktor yang boleh mempengaruhi seseorang itu melawat," katanya selepas merasmikan 'Pesta Makanan Malaysia' anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), malam Rabu.

Nazri berkata usaha akan diteruskan bagi pengecualian visa untuk pelancong individu atau kumpulan kecil dari China bagi memudahkan kedatangan mereka yang sekaligus akan membantu merancakkan ekonomi Malaysia.

Program visa percuma untuk pelancong dari China yang bermula 1 Oktober lepas tertumpu kepada berkumpulan dengan jumlah 20 orang atau lebih.

Mengenai program pesta makanan Malaysia, Nazri berkata program kerjasama Matrade Shanghai dan Shanghai Marriott Hotel City Centre itu mendapat sambutan yang baik dan kali kedua diadakan.

Beliau berkata program itu yang sebelum ini berlangsung kira-kira tiga minggu pada 2013 kini dilanjutkan kepada satu setengah bulan yang membuktikan warga China tertarik dengan makanan Malaysia.

"Ini cukup penting untuk menarik pelancong melawat Malaysia. Warga China suka makan dan difahamkan mereka suka ke Jalan Alor (Bukit Bintang) dan Ipoh, Perak untuk merasai makanan tempatan," katanya. - BERNAMA


Shanghai , Nazri Abdul Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?