suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Tetap Tolak Umno, Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu tetap tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno, juga Pakatan Harapan.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS hanya akan kekal bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

"Pada waktu ini, dari segi politiknya kita hanya bekerjasama dengan PKR.

"Kita tidak langsung ada kerjasama dengan Pakatan Harapan dan juga Umno," katanya pada sidang media selepas pertemuan hampir dua jam antara PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa di Ibu Pejabat PAS di sini, Selasa.

Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak bersetuju menjalin kerjasama dalam isu berkaitan kepentingan rakyat.

Antara kesepakatan yang dicapai adalah menuntut pembebasan peguam Matthias Chang dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Malah, kedua-dua pihak turut menjunjung titah Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menggesa penubuhan suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat dana berjumlah RM2.6 bilion.

PAS dan Perkasa juga mendesak kerajaaan supaya memberi penjelasan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengelirukan rakyat.

PAS, Pakatan Harapan, Umno, Mustafa Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain