suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siap Sedia Hadapi Perubahan Landskap Pendidikan Tinggi - Idris Jusoh

Idris Jusoh

PUTRAJAYA: Semua pihak termasuk ahli akademik, pensyarah dan pelajar perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi perubahan landskap pendidikan tinggi masa depan berikutan perkembangan teknologi dan globalisasi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

"Keadaan yang sentiasa berubah, teknologi dan kehendak dalam landskap pendidikan tinggi juga sentiasa berubah. Pelajar akan menjadi masyarakat global  dan mereka memerlukan teknologi lebih baik dalam proses pembelajaran," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sebelum itu, beliau menghadiri forum bersiri 'Universiti Masa Depan' di kementeriannya di sini, yang akan memberikan cadangan dan pandangan kepada pihak kementerian bagi pelaksanaan pendidikan tinggi masa depan yang lebih baik.

Forum itu dihadiri anggota panel terkemuka seperti Pro Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Prof Dr Lin See Yan; Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi; dan Pengarah Tien Wah Press Holdings Bhd, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail merupakan moderator bagi forum hari ini.

Idris berkata Malaysia perlu mengenal pasti cabaran dalam memastikan universiti dalam negara adalah lebih baik daripada universiti lain.

"Kalau kita mahu memberi tumpuan dalam bidang robotik, Jepun telah mendahului negara kita. Mungkin apa yang kita boleh lakukan ialah melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang iklim tropika," katanya.-- Bernama

Idris Jusoh

Artikel Berikut

Artikel Lain