suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Buatan Sendiri Letupkan Mesin ATM Di Melaka

Sebuah mesin ATM rosak selepas diletupkan peranti letupan buatan sendiri.
MELAKA: Bom buatan sendiri yang meletup di sebuah bank di Ayer Keroh di sini telah merosakkan sebuah mesin ATM.

Tiga lelaki bertopeng menaiki sebuah kereta mewah sebelum itu dilihat meletakkan dua peranti buatan sendiri di mesin ATM itu kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Salah satu daripada peranti itu telah meletup, menyebabkan mesin ATM berkenaan rosak.

Skuad bom polis mengalihkan satu lagi bahan letupan pada pukul 9.50 pagi.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata, tiga lelaki bertopeng dalam keadaan mencurigakan telah dilihat menerusi rakaman CCTV bank di tempat kejadian.

Beliau berkata, jumlah kerugian masih dinilai.

Artikel Lain