suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jabatan Audit Dijangka Keluarkan Laporan Akhir 1MDB Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara dijangka mengeluarkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam masa tiga hingga empat bulan lagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara R. Raja Sunthara Kannan berkata  laporan audit itu adalah berdasarkan fakta dan bukti, justeru ia perlu disediakan dengan teliti.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang peserta pada Seminar Kelestarian Integriti di sini, Selasa.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Jabatan Audit Negara sebelum ini, mengeluarkan laporan interim berkaitan 1MDB.

Turut hadir pada seminar itu ialah bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan dan penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar.-- Bernama


Jabatan Audit Negara, 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain