suria

TPM: Hijrah Nabi Muhammad Menyatukan Kaum

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri menyeru seluruh umat Islam supaya mempelajari dan menghayati sirah penghijrahan Rasullulah SAW dari kota Mekah ke Madinah.

Kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perkara aula yang Baginda laksanakan adalah dengan menyatupadukan kaum Aus dan Khazraj kemudian kaum Ansar dan Muhajirin menjadi saudara.

Bercakap dalam perutusan sempena tahun baharu Hijrah ini, beliau mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1437H/2015M kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seantero dunia.

"Marilah kita menghayati sirah penghijrahan Rasullulah SAW dari Mekah ke Kota Madinah, perkara aula yang Baginda laksanakan adalah dengan menyatupadukan kaum Aus dan Khazraj kemudian kaum Ansar dan Muhajirin menjadi saudara.

"Semangat perpaduan inilah yang harus diterjemahkan dalam realiti kehidupan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara kita.

"Semoga kita semua sebagai umat Islam sentiasa berada dalam redha dan rahmat Allah untuk hari yang mendatang. Semoga lebih baik serta terus Berjaya di dunia dan akhirat," ujar beliau.


Artikel Berikut

Artikel Lain