suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: Pesawat APMM Lakukan 13 Pengeboman Air Di Sumatera

Pesawat Bombardier milik pasukan APMM turut dibawa ke Palembang untuk membantu misi memadam kebakaran Sumatera Selatan.

PUTRAJAYA: Pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terlibat dalam misi memadam kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia melakukan 13 pengeboman air di kawasan terjejas pada hari kedua operasi, Isnin.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim, Datuk Che Hassan Jusoh berkata, misi pada Isnin itu melibatkan isi padu air yang mencapai 78,000 liter.

Operasi yang memakan masa selama empat jam 40 minit itu dilakukan di kawasan seluas 20 kilometer persegi yang terletak di 80 batu nautika ke Tenggara Palembang, katanya.

"Dengan jarak penglihatan yang amat terhad iaitu hanya satu kilometer, ia memberi cabaran kepada juruterbang dan kru pesawat untuk memastikan tugas memadam api di kawasan terbabit dapat diteruskan dengan lancar dan berkesan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Jumaat lepas, selain pesawat bombardier, APMM juga menghantar sebuah helikopter AS 365 N3 Dauphin bersama 29 pegawai APMM bagi operasi memadamkan kebakaran di Indonesia yang menyebabkan masalah jerebu berpanjangan sehingga melanda negara jiran termasuk Malaysia sejak dua bulan lepas.

Pada hari pertama penugasan Ahad lepas, pesawat bombardier itu melakukan masing-masing 10 kali menyedut air dan pengeboman air dalam tempoh empat jam penugasan.-- Bernama


APMM, Sumatera

Artikel Sebelum

Abu Kassim Jamin Siasatan Telus

Artikel Lain