suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tolak Permohonan KDN Kekal Gantung Dua Akhbar The Edge

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan keputusan mahkamah sama membatalkan penggantungan penerbitan dua akhbar milik The Edge Communications Sdn Bhd.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad pada Selasa membuat keputusan itu selepas mendapati tiada alasan istimewa untuk membenarkan permohonan itu.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar hujah keduad-dua pihak di kamar mahkamah.

Sehubungan itu, kini The Edge boleh meneruskan operasi mencetak dua akhbar terbitannya.

Mahkamah juga memerintahkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN membayar kos sebanyak RM4,000.


The Edge, Asmabi Mohamad, KDN

Artikel Berikut

Artikel Lain