suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banting Kembali Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Pagi Isnin

KUALA LUMPUR: Banting kembali mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 104 setakat 9 pagi Isnin.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak 40 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Putrajaya (98), Nilai (92), Cheras, Kuala Lumpur (88), Port Dickson (87), Bukit Rambai (86), Bandaraya Melaka (80) dan Pelabuhan Kelang (82).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

IPU, Jabatan Alam Sekitar

Artikel Lain