suria

Tiada Unsur Jenayah Dikesan Dalam Kes Kanak-Kanak Orang Asli Hilang - Polis

Rosita Baher (kiri) menenangkan anaknya Miksudiar Alui, 11, murid perempuan Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang ditemui selamat semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baru, Sabtu. Foto Bernama

KOTA BARU: Polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah dalam kes kehilangan kanak-kanak orang asli selama enam minggu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, setakat ini tiada unsur berniat jahat, mangsa diculik atau menjadi sasaran sindiket menjual organ.

"Kesemua mangsa bergerak secara berkumpulan, tujuh orang semuanya, tanpa dipimpin oleh orang lain.

"Bila ditanya kenapa mereka tidak berjalan pulang, mereka kata takut hilang semasa berjalan ke Pos Tohoi," katanya.

Beliau berkata, operasi pencarian akan diteruskan sehingga dua kanak-kanak orang asli yang terakhir ditemui.

Ditanya sekiranya terdapat sesiapa yang memberikan makanan kepada mereka semasa berada di dalam hutan, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Hasnan Hassan berkata, kanak-kanak memaklumkan bahawa mereka diberikan mereka selepas ditemui oleh pasukan penyelamat.

"Mereka ditanya sama ada mereka diberikan sebarang makanan oleh sesiapa dan mereka menjawab "yes", tetapi mereka merujuk kepada minuman yang mereka terima ketika diselamatkan," katanya.

Beliau berkata, orang asli lebih selesa untuk bercakap dalam bahasa Temiar mereka dan berharap supaya mereka yang boleh bertutur dalam bahasa itu dapat membantu dari segi komunikasi bersama mangsa.


Mazlan Lazim, orang asli

Artikel Lain