suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Nafi Ahli Parlimen Dipanggil Bantu Siasatan

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menafikan seorang Ahli Parlimen dipanggil agensi itu untuk membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa.

"Ini tidak betul," katanya kepada Bernama dalam satu pesanan ringkas melalui aplikasi Watsapp di sini malam tadi.

Beliau juga berkata SPRM tidak ada memanggil Ahli Parlimen yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi keterangan.

Sebelum ini dilaporkan seorang Ahli Parlimen dipanggil SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sebuah GLC.

Laporan sebelum ini memetik seorang pegawai SPRM berkata: "Siasatan ada dijalankan. Tiada MP (Ahli Parlimen) ditahan".

SPRM, GLC

Artikel Sebelum

Artikel Lain