suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Lori Rentung Dalam Kemalangan Di LPT 2

KEMAMAN:  Seorang pemandu lori tangki rentung setelah lorinya merempuh pembahagi jalan lalu terbakar serta meletup di Kilometer 315.2, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) di sini pagi Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.37 pagi ketika Mohd Azha Jusoh, 47, dari Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu.

Dia dipercayai gagal keluar daripada lorinya yang membawa minyak diesel.

Lorinya musnah seratus peratus, kata jurucakap bomba dan penyelamat . - BERNAMA

pemandu lori, rentung, LPT 2

Artikel Lain