suria

Polis Cari 11 Saksi Kes Bunuh Pelatih CCRC Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Polis mencari 11 saksi bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelatih Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) di sini pada November, dua tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata saksi yang dikehendaki ialah Ruhaidi Abdul Rajman, 32; Abdul Hamid Salleh, 50, Lazurus Rosley, 39; Mohd Hashim Mohd Nor Hashim,44; R.Magendran, 24; Muhammad Shazeen  Shafee, 24; Rosman Abdullah, 41; Khairul Zain Mohd Kadroy, 43; Mohd Rashid Ishak,41; Oli Mohamed Maideen Maricar, 30 dan Azlan Talib, 33.

Rahmat berkata, alamat terakhir Ruhaidi adalah di Kampung Manik Urai Baru, Kuala Krai, Kelantan; Abdul Hamid (Batu 20 Parit Putat, Sungai Rambai, Melaka); Lazurus (Kampung Kubang Badak, AlorGajah, Melaka); Mohd Hashim (No.18A RPSB Kampung Ceruk Puting, Temerloh, Pahang) dan Magendran (Klang, Selangor).

Muhammad Shazeen pula di Blok G/07/01 PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur; Rosman (No.3A Kampung Pelangi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan); Khairul Zain (No.496 Felda Palong 2, Negeri Sembilan); Mohd Rashid (No.29C Lorong Kenanga, Gombak Setia, Selangor); Oli Mohamed (No.409A Tingkat 4, Blok A, Jalan Sri Api-Api 2, Taman Sri Pontian, Johor) dan Azlan (No. 3 Blok 1,  Felda Paling 11, Gemas, Negeri Sembilan.

Rahmat berkata, kesemua saksi itu diminta menghubungi segera pegawai penyiasat, Inspektor P. Devendiran melalui talian 012-554 4657 bagi membantu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelatih, Mohamad Ezanee Zakaria, 38, maut selepas dipercayai dipukul dua anggota polis bantuan di pusat berkenaan pada 4.30 petang, 14 November 2013.

Ibu mangsa, Mek Eshah Jusoh,70, dilapor pernah menfailkan saman RM1.55 juta terhadap kerajaan dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi Johor Baharu atas dakwaan cuai dalam memastikan keselamatan anaknya. - BERNAMA


saksi, kes bunuh pelatih

Artikel Sebelum

Artikel Lain