suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Di Langkawi Ditutup Esok

LANGKAWI: Sekolah di Langkawi akan ditutup pada Rabu selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih kekal pada tahap kurang sihat.

Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud yang mengeluarkan arahan itu pada Selasa berkata keadaan jerebu yang melanda daerah ini sejak Ahad lepas masih belum menunjukkan perubahan positif.

Arahan ini melibatkan pelajar di 21 buah sekolah rendah, tujuh buah sekolah menengah, Maktab Rendah Sains MARA Langkawi, Maktab Mahmud Cawangan Langkawi dan sebuah sekolah swasta.

Sebelum ini sekolah-sekolah ini ditutup selama dua hari sejak Ahad lepas berikutan arahan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sehingga pukul 4 petang Selasa, IPU di Langkawi mencatat bacaan 161. - BERNAMA

Langkawi, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain