suria

Pandangan Dr Ling Tiada Kaitan MCA - Ka Chuan

Dr Ling Liong Sik

IPOH: Kenyataan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik supaya Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai Perdana Menteri tidak selari dengan pendirian parti, kata Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Setiausaha Agung MCA itu berkata, ia adalah pandangan peribadi Dr Ling dan tiada kaitan dengan parti itu.

"Ia adalah pandangan peribadi beliau.

"Kami menghormati hak beliau sebagai individu untuk menyatakan pandangannya, inikan negara demokratik," katanya kepada pemberita  selepas merasmikan Senaman Tai Chi 18 ke-23 di Sekolah Menengah Shen Jai di sini, Ahad.

Pada Sabtu, Dr Ling secara terbuka meminta supaya Najib berundur daripada jawatan yang disandangnya ketika ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau menyokong saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib meletak jawatan.

Dr Ling juga berkata, beliau ke Perth, Australia baru-baru ini dan menyertai demonstrasi Bersih dan matlamatnya adalah undi tidak percaya terhadap Najib.

Artikel Lain