suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: Pengumuman Menteri Pendidikan Sebentar Lagi

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan mengumumkan keputusan berhubung sesi persekolahan bagi kawasan yang terjejas akibat jerebu sebentar lagi.

Mengikut tweet beliau, pengumuman terkini berhubung isu jerebu itu akan dibuat pada pukul 11.30 pagi Ahad.

Setakat pukul 8 pagi tadi, tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 'sangat tidak sihat' dengan Shah Alam paling tinggi iaitu 299.

Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam lagi kawasan dengan situasi sangat tidak sihat adalah Batu Muda (278), Petaling Jaya (250), Banting (244), Pelabuhan Klang (234), Putrajaya (231) dan Seremban (202).

Sebanyak 24 lagi kawasan dengan bacaan IPU tak sihat adalah  Nilai (198) diikuti Port Dickson (191), Cheras (182), Bukit Rambai (179), Bandaraya Melaka (174) dand SK Jalan Pegoh (171).

Kawasan lain termasuk Kuala Selangor (167), Seberang Jaya 2 (162), USM (159), Jalan Tasek (153) dan Muar (146). 

Selain itu, ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di sekitar perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South dijangka berterusan sehingga Isnin.

jerebu, Menteri Pendidikan, sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain