suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IPU Di Shah Alam Menurun, Tetapi Masih Sangat Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam yang merekodkan bacaan 308 pagi tadi, menurun kepada 266 setakat 1 tengah hari ini, namun masih berada di paras sangat tidak sihat.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, lima lagi kawasan yang berada dalam kategori sama turut menunjukkan penurunan bacaan IPU iaitu Batu Muda di ibu negara (227); Petaling Jaya (218); Banting (217); Pelabuhan Klang (227) di Selangor dan Putrajaya (217).

Bagi 24 kawasan lain masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Muar, Johor (136); Alor Setar (159), Bakar Arang, Sg Petani (162) dan Langkawi (103) di Kedah, Bandaraya Melaka (157) dan Bukit Rambai (158) di Melaka; Nilai (184), Port Dickson (176) dan Seremban (184) di Negeri Sembilan, Balok Baru (115) dan Indera Mahkota (Kuantan) (103) dan Jerantut (154) di Pahang.

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Jalan Tasek (168), S K Jalan Pegoh (Ipoh) (193), Kg Air Putih (Taiping) (164) dan Seri Manjung (133) di Perak; Perai (149), Seberang Jaya 2 (176) dan USM (172) di Pulau Pinang; Kuala Selangor (169) di Selangor; Kemaman (131), Kuala Terengganu (124) dan Paka (116) di Terengganu; serta Cheras (177) di ibu negara.

Sejumlah 14 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana tengah hari ini, iaitu Kota Tinggi, Larkin Lama, Pasir Gudang di Johor; SMK Tanjung Chat (di Kota Baharu) dan Tanah Merah di Kelantan; Tanjung Malim (Perak); Kangar (Perlis); Tawau (Sabah) serta Kapit, Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, dan Sri Aman di Sarawak. 

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. -- Bernama


Shah Alam, IPU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain