suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pandangan Dr Ling Akan Kukuhkan Kedudukan PM - Rahman Dahlan

Abdul Rahman Dahlan

PETALING JAYA: Pendirian Tun Dr Ling Liong Sik supaya Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai Perdana Menteri akan mengukuhkan, bukan melemahkan kedudukannya, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi tweetnya pada Sabtu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Dr Ling memandang rendah suasana dalaman Umno apabila secara terbuka mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Ling Liong Sik melakukan kesilapan besar jika menganggap kenyataannya umpama membantu seseorang untuk melemahkan kedudukan PM.

"Bagaimanapun, saya percaya kenyataannya dapat mengkukuhkan, bukan melemahkan kedudukan PM dalam Umno. Tunggu dan lihat!" tweet Abdul Rahman.

Menteri berkenaan berkata, bekas presiden MCA itu memandang rendah kepada Umno sambil menambah ahli parti itu tidak mahu 'orang luar' menentukan siapa yang patut menjadi pemimpin mereka.

Terdahulu pada Sabtu, Dr Ling membuat kenyataan bahawa beliau setuju dengan saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Artikel Sebelum

Artikel Lain