"Saya Tak 'Tweet' Tentang Pengharaman Pembesar Suara" - Guan Eng - Semasa | mStar

"Saya Tak 'Tweet' Tentang Pengharaman Pembesar Suara" - Guan Eng

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan membuat sebarang 'Tweet' tentang pengharaman penggunaan pembesar suara di masjid dan surau.

Guan Eng berkata gambar dengan ayat bahasa Melayu yang di'tweet' - "Larangan pembesar suara di masjid & surau dlm P. Pinang muktamad.

“Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila Keluar!” adalah palsu.

"Saya tidak tweet kenyataan ini. Fitnah dan tuduhan dengan niat jahat terhadap saya telah disebarkan.

"Pada suatu hari mereka kata saya makan daging anjing, kini mereka kata saya mengeluarkan kenyataan pengharaman pembesar suara di masjid dan surau pula," katanya.

Guan Eng juga berkata bahawa dia tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal Islam di negeri ini.

Tweet yang dikatakan dibuat Guan Eng muncul dalam bentuk paparan skrin dan menjadi viral di Facebook dan Twitter, semalam.

"Mereka yang cuba mengaitkan saya dengan isu ini adalah memfitnah saya," kata Guan Eng pada sidang akhbar selepas majlis pelantikan Majlis Komunikasi Pulau Pinang, Jumaat.

Beliau juga berkata, dakwaan yang menyentuh sentimen perkauman dan agama boleh membawa kepada pergolakan dan laporan polis akan dibuat mengenai perkara itu.

"Saya harap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap perbuatan itu," katanya.


Pada hari Khamis, Pulau Pinang Mufti Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor menjelaskan bahawa larangan yang dicadangkan adalah mengenai penggunaan pembesar suara untuk program-program lain selain azan seperti zikir, khutbah dan rakaman bacaan al-Quran.

Artikel Berikut

Jerebu: Ketampakan Kurang Lima Kilometer

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ulat tiket: Jangan beli!