suria

Lelaki Berperwatakan Wanita Tawar Khidmat Seks Didenda

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang berperwatakan wanita didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis dua hari lepas.

Chan Chew Mun, 43, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan kedai baju di Jalan Petaling, di sini pada 5.30 petang, 30 September lepas mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris turut memerintahkan Chan dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda. Chan membayar denda tersebut.

Ketika rayuan, peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling ringan atas alasan anak guamnya berjanji akan mencari pekerjaan lain seperti pembantu restoran jika diberi peluang kedua.

"Anak guam saya menanggung ibunya yang berusia 70 tahun yang terlantar sakit dan juga ahli keluarga yang lain," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar.-- Bernama 

khidmat seks, Jalan Petaling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain