suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan Kawasan Kekal Catat IPU Tidak Sihat Setakat 5 Petang Isnin

Pemandangan sekitar perairan Selat Melaka kelihatan kabur akibat jerebu pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sembilan kawasan kekal mencatatkan rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang Isnin, dengan Bandaraya Melaka merekodkan bacaan tertinggi iaitu 136. 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang turut mencatat tahap IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (124), Muar (122), Samarahan (117), Kuching (116), Larkin Lama (116), Pasir Gudang (115), Port Dickson (111) dan Seremban (104).

Sementara itu, sebanyak 28 kawasan mencatat tahap IPU sederhana berbanding dengan 31 kawasan setakat 1 tengah hari.

Antara kawasan mencatat IPU sederhana termasuk Pelabuhan Klang (96), Banting (94), Sri Aman (93), Putrajaya (92), Balok Baru, Kuantan (90), manakala selebihnya mencatatkan bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal  http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

jerebu

Artikel Berikut

Artikel Lain