suria

Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Kuala Langat Selasa

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam Selasa (Selasa) berikutan 'hentitugas' sementara Loji Rawatan Air Bukit Tampoi.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Afred berkata, Syabas menerima permohonan daripada pihak operator untuk melaksanakan hentitugas sementara bagi memberi laluan kerja-kerja penyenggaraan dan pembersihan kolam imbangan 2MG di loji itu. 

Katanya 8,066 pintu rumah terbabit iaitu di kampung Olak Lempit, Bukit Changgang, Labohan Dagang, Selangor Dredging, Taman Changgang Jaya, Kompleks Perabot Olak Lempit, Taman Arked, Taman Ambar, Taman Sri Dagang, Taman Topaz, Pusat Serenti, Bandar Mahkota, Taman Seri Telok Datok dan Taman Seri Cheeding. 

"Henti tugas sementara loji itu untuk tujuan penyenggaraan penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan alatan atau infrastruktur loji pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Syabas menjangkakan tempoh masa diambil untuk bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat bergantung pada kedudukan kawasan penempatan pengguna. 

Pengguna boleh mengakses terus maklumat terperinci berhubung status bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi mySYABAS yang boleh dimuat turun ke telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore.

Priscilla Afred, Syabas

Artikel Sebelum

Artikel Lain