suria

Jemaah Haji Mula Melontar Jamrah Di Aidiladha

Jemaah haji mula bergerak ke Mina dari Arafah untuk menyempurnakan ibadah melontar jamrah bermula 10 Zulhijjah.

MINA: Selepas selesai menunaikan wukuf di Arafah, kira-kira tiga juta jemaah haji termasuk lebih 22, 000 jemaah Malaysia kini berkumpul di sini bagi menyempurnakan ibadat wajib haji iaitu melontar di tiga jamrah pada 10 Zulhijah.

Terdahulu jemaah haji mabit di Muzdalifah bagi mengutip anak-anak batu untuk melontar jamrah.

Jemaah mula meninggalkan padang Arafah selepas solat Isyak Rabu malam dan singgah seketika di Muzdalifah.

Selepas melontar jamrah Aqabah atau dikenali juga sebagai Al-Kubra, jemaah bertahalul awal.

Jemaah bertahalul awal selepas melontar jamrah Aqabah.

Seterusnya pada 11, 12 dan 13  Zulhijah, jemaah akan melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Sughra, Wusta dan Aqabah.

Selepas menyempurnakan ketiga2 lontaran pada hari-hari Tasyrik,  jemaah akan berangkat pulang ke Makkah bagi menunaikan tawaf dan saie haji.

Ketika berita ini ditulis, jemaah akan bermalam di Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah dan melakukan nafar awal.

Maktab 68 yang dihuni di Mina turut menempatkan jemaah haji dari China, Turki dan Indonesia, selain Malaysia.



Mina, jamrah, Arafah

Artikel Sebelum

Artikel Lain