suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolak Sentimen Agama, Kaum Untuk Raih Sokongan Rakyat

SEMPORNA: Sentimen agama dan kaum tidak seharusnya digunakan untuk meraih sokongan rakyat kerana tindakan itu akan hanya menjejaskan keharmonian negara, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, berkata sentimen agama dan kaum sangat sensitif dan tidak boleh disentuh memandangkan ia merupakan tonggak keamanan sesebuah negara, khususnya Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

"Oleh itu jangan kita guna kaedah itu untuk meraih sokongan rakyat kerana ia hanya memporak-perandakan perpaduan antara kaum di negara ini.

"Harus diambil iktibar banyak negara luar berpecah-belah dan keamanan tergadai akibat perbalahan agama dan kaum," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan ibadah korban di beberapa kampung di sini, Khamis.

Shafie Apdal, Umno

Artikel Berikut

Artikel Lain