suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Yunos Sedia Kerjasama Dengan Polis

Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sedia memberi kerjasama dengan pihak polis sekiranya beliau dipanggil untuk disoal siasat berhubung rancangan mengadakan tunjuk perasaan di Petaling Street pada Sabtu ini.

"Saya tiada masalah dengan polis. Mereka hanya melakukan tugas mereka. Mereka sudah pun menghubungi saya untuk merekodkan kenyataan saya.

"Tetapi kerana hari ini adalah Hari Raya Haji, saya akan berjumpa mereka pada hari lain. Tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi," katanya ketika dihubungi The Star.

Jamal berkata, beliau dimaklumkan bahawa pihak polis membuka siasatan berdasarkan kenyataan yang dibuatnya di ibu pejabat polis Ampang Jaya pada Rabu selepas membuat laporan berhubung tuduhan palsu terhadapnya di media sosial.

Dilaporkan, beliau memberi amaran bahawa satu lagi "kekecohan" bakal berlaku di Petaling Street sekiranya tuntutan peserta 'baju merah' tidak dipenuhi oleh pihak berkuasa berkaitan.

"Kenyataan itu telah diperbesar-besarkan oleh media. Mereka dengan pantas untuk menerbitkan berita dan bersaing antara satu sama lain, mereka tidak mengambil kenyataan penuh saya.

"Mereka salah faham apa yang saya kata. Bukan saya yang menganjurkan bantahan di Petaling Street. Kebimbangan saya ialah sekiranya pihak berkuasa gagal untuk mengambil tindakan terhadap peniaga, kumpulan yang sama mungkin kembali mengadakan bantahan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain