suria

Saifuddin Mesti Jawab Sebab Hadir Mesyuarat Pakatan Harapan - Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah mempunyai masa 14 hari untuk menyatakan mengapa beliau menghadiri persidangan meja bulat pembentukan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pakatan Harapan, yang ditubuhkan pada Selasa adalah gabungan baharu pembangkang.

"Kita akan menghantar surat meminta beliau menyatakan sebab beliau berada di sana, dan beliau perlu membalasnya dalam masa 14 hari sebelum sebarang tindakan lanjut diambil," kata Tengku Adnan kepada The Star, Selasa.

"Jawapannya atau kekurangan daripadanya akan dibawa ke jawatankuasa disiplin untuk diputuskan apakah tindakan yang akan diambil," katanya.

Menurut pemberita yang hadir pada sidang akhbar mengumumkan gabungan baru itu, Saifuddin telah didaftarkan sebagai mewakili masyarakat sivil, Akademi Belia.

Saifuddin juga merupakan Pengerusi Akademi Belia.

Ketika ditanya sama ada Saifuddin akan dikenakan tindakan disiplin walaupun beliau hanya bertindak sebagai pemerhati yang mewakili masyarakat sivil, Tengku Adnan berkata, terpulang kepada jawatankuasa disiplin untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan.

Saifuddin enggan mengulas mengenai perkara itu ketika dihubungi.

Namun, Saifuddin telah menulis di Twitter untuk menyatakan bahawa 'kepimpinan tidak sempurna' akan menjadi lebih baik daripada yang ada pada masa kini yang tidak dipercayai.

"Demokrasi bukan satu 'permainan' untuk ditonton. Perlu untuk mengambil bahagian dalam erti kata yang sebenar, termasuk kesediaan untuk pengorbanan peribadi," Saifuddin menulis di Twitter.

Walau bagaimanapun, Saifuddin tidak menyatakan dengan terperinci tentang kepimpinan yang dimaksudkannya di Twitter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain