suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis Dengan Kesan Luka Mengejutkan Perwakilan Sedang Bermesyuarat

KOTA KINABALU: Seorang gadis yang muncul dengan kesan luka dan meminta bantuan mengejutkan perwakilan mesyuarat cawangan PBS di Penampang.

Gadis berusia 16 tahun itu mendakwa dia telah diserang dan dirompak selepas penyerang cuba merogolnya kira-kira pukul 9 malam Ahad.

Seorang perwakilan, Toffiny Winona Pisol, membuat posting di Facebook bahawa mereka sedang bermesyuarat di dewan Kg Koidupan apabila gadis itu muncul.

Toffiny berkata ketika ditanya tentang masalahnya, gadis itu memberitahu mereka dia hampir dirogol oleh seorang lelaki dan ditolak ke dalam longkang.

Dia berpura-pura 'mati' dan penyerang melarikan diri bersama beg tangannya.

Dia kemudiannya bangun dan berjalan ke dewan itu dan dibawa ke hospital oleh anggota polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Rosley Hobden ketika dihubungi berkata, mereka masih mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi.
mangsa rompak, PBS, Rosley Hobden

Artikel Lain