suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Gesa AirAsia Segera Pindah Ke Terminal Baharu KKIA

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia perlu berpindah segera ke terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Terminal 1, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka telah melebihi tarikh akhir untuk berpindah," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan bangunan terminal utama KKIA di sini.

AirAsia membantah perpindahan ke Terminal 1 KKIA hampir dua tahun lalu manakala syarikat penerbangan tambang murah lain sudah berpindah ke kompleks bernilai RM1.7 bilion yang siap pada 2010 itu.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata perpindahan semua syarikat penerbangan ke terminal utama adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan Sabah sebagai hab serantau yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan negeri.

Beliau berkata banyak syarikat penerbangan antarabangsa sudahpun terbang ke KKIA yang berupaya menampung sehingga sembilan juta penumpang setahun.

Katanya, terminal utama itu masih kurang dimanfaatkan dan adalah lebih baik bagi semua syarikat penerbangan menggunakan terminal tersebut kerana ia lebih memudahkan pelancong.

"Saya diberitahu pelancong menggunakan terminal lama perlu beratur sehingga ke luar bangunan," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya berkata kompleks Terminal 1 itu akan membolehkan lebih banyak syarikat penerbangan terbang ke Sabah.

Najib Tun Razak, AirAsia, KKIA

Artikel Sebelum

Artikel Lain