suria

Tiga Cedera Termasuk Polis Di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peserta perhimpunan baju merah masih enggan mematuhi arahan untuk tidak memasuki Jalan Petaling walaupun selepas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka.

Kumpulan itu tetap berdegil dan mengatakan mereka sepatutnya dibenarkan memasuki Jalan Petaling dan mengugut untuk merempuh halangan pasukan keselamatan itu.

Dua peserta perhimpunan dan seorang anggota polis dilaporkan cedera dalam kekecohan yang berlaku. Ketiga-tiganya diberi rawatan kesihatan.

Pada 4.53 petang Rabu, FRU melepaskan pancutan air di Jalan Petaling apabila peserta perhimpunan itu semakin tidak terkawal.

Botol turut dilempar peserta terbabit dan ada di kalangan mereka yang dilihat cedera dalam kekecohan itu.

Jalan Petaling, baju merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain