suria

Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Polis Trafik Wanita

Anggota polis mengusung keranda jenazah Margaret di Pangkalan Udara Polis DiRaja Malaysia pada 7 September lalu. Mendiang yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang meninggal dunia selepas dirempuh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Batu Pahat Johor.

KLUANG: Seorang remaja lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang pegawai polis trafik, awal bulan ini.

Remaja berumur 17 tahun dan tidak bersekolah itu dituduh membunuh Asisten Superitendan Margaret Tagum Goen, 32, di Batu 4, Km58, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, antara 1 pagi dan 2.45 pagi, 6 September lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Remaja itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ibu dan bapa tertuduh turut hadir di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 28 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rasidah Abd Radzaz manakala remaja lelaki itu diwakili peguam Vijaya Sandran.-- Bernama


trafik, Margaret Tagum

Artikel Berikut

Artikel Lain