suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mersing Dibadai Ribut, Lebih 50 Rumah Rosak

JOHOR BARU: Lebih 50 buah rumah di tiga buah kampung di Mersing dilapor mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut petang Isnin.

Tiga kampung tersebut ialah Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung dan Kampung Sawah Dato.

Penghulu Kanan Daerah Mersing, Hafnee Md Noor berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang yang menyebabkan lebih 50 keluarga hampir kehilangan tempat tinggal.

"Ribut yang kuat menyebabkan pokok tumbang dan bumbung rumah diterbangkan angin. Hujan dan ribut reda selepas dua jam kemudian," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan soal kerosakan dan bantuan.

"Kita yakin jumlah mereka yang terlibat adalah lebih. Kita akan selaraskan bantuan dari agensi terlibat," kata beliau.  -- Bernama


ribut, Mersing, Kampung Sawah Dato

Artikel Lain