suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jarak Penglihatan Rendah Akibat Jerebu Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer disebabkan jerebu di sekitar perairan Selat Melaka, Tioman, Kuching dan Labuan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keadaan yang sama turut berlaku di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Kawasan perairan lain yang turut terjejas ialah di Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan dan Sabah iaitu di Pendalaman, Pantai Barat serta Kudat. 

Keadaan ini adalah berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.

Menurut kenyataan itu lagi, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan turut dijangka berterusan sehingga Khamis.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. -- Bernama



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain