suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2016: Langkah Tambahan Perkukuh Daya Saing Ekonomi

PUTRAJAYA: Bajet 2016 yang sedang digubal kerajaan akan mengandungi langkah-langkah tambahan bagi memperkukuhkan daya saing ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global dan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2016, yang akan dibentang pada 23 Okt, akan turut memastikan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan, terutamanya penyediaan rumah mampu milik dan kos sara hidup yang berpatutan.

"Projek-projek pembangunan akan disusun semula dengan keutamaan diberikan kepada projek yang mempunyai nilai pengganda dan kandungan tempatan yang tinggi serta berupaya menjana peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi," katanya ketika mengumumkan langkah-langkah proaktif ekonomi di sini, Isnin.

Najib turut memberi jaminan bahawa perbelanjaan optimum akan dilaksanakan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

"Saya pasti kita akan dapat mengharungi cabaran semasa sekiranya kita bersatu hati, berpadu tenaga dan terus yakin dengan kemampuan kita.

Insya-Allah," katanya.-- Bernama

ekonomi, Bajet 2016, Perdana Menteri

Artikel Sebelum

Artikel Lain