suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia, Thailand Setuju Bina Tembok Sempadan

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand bersetuju membina tembok dan benteng sempadan bersama bagi meningkatkan pengawasan antara kedua-dua negara itu bermula tahun depan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata, persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan dan akan dibawa ke peringkat Parlimen untuk peruntukan bajet.

Beliau berkata beberapa kawasan sepanjang sempadan sudah dikenal pasti untuk pembinaan tembok atau pagar dengan kos pembinaan dan penyelenggaraannya dibiayai kedua-dua negara.

"Dulunya kalau kita buat tembok atau pagar kita buat sebelah Malaysia dan Thailand asing-asing...pada masa depan kita akan buat satu sahaja tembok di tengah antara kedua-dua sempadan negara.

"Dari segi rondaan, Thailand akan lakukan di sebelah mereka dan kita di sebelah kita...itu lebih sempurna dan menjimatkan kos bagi kedua-dua negara," katanya pada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Thailand Ke-32, di sini, Isnin.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Thailand Jen Worapong Sanganetra.-- Bernama



sempadan, Malaysia, Thailand, tembok

Artikel Lain