suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Himpunan 'Baju Merah' Untuk Semua Kaum - Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'baju merah' terbuka kepada semua kaum kerana ia merupakan perhimpunan rakyat, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya harap, jika rakyat mencintai negara ini, tanpa mengira mereka berbangsa Cina, Melayu atau India, akan hadir menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, menyertai perhimpunan itu adalah pilihan masing-masing dan bukannya eksklusif untuk kaum Melayu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan lampu hijau kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 16 September ini.

"Kita akan benarkan mereka untuk meneruskannya. Hanya demonstrasi jalanan adalah haram," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, tiada isu mengenai perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok kerana lokasinya merupakan kawasan yang terbatas.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno menyedari bahawa ramai anggota parti mempunyai jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak membangkitkan mengenai idea untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

"Kita tidak bercakap dengan penganjur.

"Kita tidak menyokong mahupun menghentikan usaha itu. Apa yang penting ialah penganjur mematuhi undang-undang," katanya.

Pada Sabtu lalu, hanya satu perhimpunan yang disahkan akan diadakan pada 16 September ini, anjuran Pesaka.

Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mahu perhimpunan tersebut diadakan secara aman sebagai solidariti rakyat Malaysia dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip Rukun Negara.

Artikel Lain