suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Nelayan Hilang Selepas Bot Berlanggar Kapal Penguat Kuasa Negara Jiran

KUCHING: Tiga nelayan dilaporkan hilang selepas bot mereka karam dipercayai selepas berlanggar dengan sebuah kapal penguat kuasa negara jiran dua hari lalu.

Bagaimanapun empat nelayan lagi yang turut berada di dalam bot itu berjaya diselamatkan dan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa negara tersebut.

Jurucakap Balai Polis Sematan di Lundu berkata kejadian dipercayai berlaku di perairan negara jiran itu selepas bot nelayan tersebut dikejar oleh kapal penguat kuasa asing itu sebelum berlaku pelanggaran dan mengakibatkan bot itu karam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata pihaknya akan mengadakan  operasi mencari dan menyelamat nelayan yang hilang.-- Bernama

nelayan, bot, Lundu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain