suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid Hilang Sejak Tiga Hari Lalu Ditemui Lemas

DUNGUN: Seorang murid yang baru selesai menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui lemas pagi Isnin.

Mayat Muhammad Alif Najmi Kamaruzaman, murid Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman yang mandi di Sungai Kampung Wa di sini dijumpai terapung di Lubuk Jadar kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian kira-kira pukul pukul 8.30 pagi.

Bapa mangsa Kamaruzaman Idrus, 44, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun bersyukur kerana jasad anaknya ditemui dan reda dengan kejadian yang berlaku.

Pegawai Operasi Zon 2 Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Bomba Mohd Kamal Tima berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak berbaju hanya berseluar pendek.-- Bernama


UPSR, lemas, Sungai Kampung Wa

Artikel Lain