suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Ada Budaya 'Burung Unta' Di Kalangan Pemimpin Umno - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
PASIR SALAK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu mengingatkan pemimpin Umno sama ada di peringkat cawangan atau bahagian supaya tidak mengamalkan budaya 'burung unta'.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata dalam erti kata lain, beliau tidak mahu ada kalangan pemimpin yang hanya melepaskan beban kepada orang lain.

"Bila ada rusuhan datang, bila orang pergi attack (serang), dia (burung unta) sorokkan kepala dia.

"Kalau nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta, jadi unta betul, kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala, ini ada masalah musuh datang, sorok kepala kita.

"Kita sering melupakan apa yang kita telah dapat tapi kita mengharapkan sesuatu yang baru sebab kita rasa tak pernah puas hati apa yang kita dapat," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak 2015, di sini Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain