suria

Lelaki Dengan Kesan Terbakar Ditemui Di Gurun

ALOR SETAR: Seorang lelaki dengan kesan terbakar dari paras pinggang ke atas ditemui orang awam di tepi jalan di hadapan kilang Perwaja Steel, Gurun, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, laporan berhubung lelaki terbabit yang berumur pertengahan 30-an itu diterima Polis Pondok Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada 2.05 pagi ini.

Polis masih menyiasat latar belakang mangsa yang terbakar 35 peratus dan masih tidak sedarkan diri, katanya dalam kenyataan, Sabtu.


Gurun, Mohd Nashir Ya

Artikel Lain