suria

Bot Karam: Hentikan Atau Berdepan Tindakan Keras - TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa bot karam yang terselamat Erni Juwita, 26, yang merupakan pendatang asing tanpa izin dari Aceh ketika melawat Markas Utama Mencari dan Menyelamat (SAR) di Perhentian Feri Ladang Sungei Bernam, Jumaat. -foto THE STAR
HUTAN MELINTANG: Pihak yang 'memangsakan' pekerja asing dan pendatang tanpa izin (Pati) sehingga menjadi korban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam, Selangor pada Khamis berdepan tindakan keras, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan akan diambil mengikut Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) yang memperuntukkan hukuman berat.

"Saya harap mereka tahu bahawa Atipsom dikuatkuasakan beberapa waktu yang lalu.

"Pihak APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia akan melakukan siasatan bagi memperoleh maklumat berkenaan dan saya ingin memberitahu mereka yang telah 'memangsakan' Pati ini bahawa tindakan undang-undang di bawah Atipsom adalah berat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam itu di Jeti Hutan Melintang, di sini Jumaat.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta pihak terbabit menghentikan segera aktiviti menyeludup masuk dan keluar Pati ke negara ini tanpa memikirkan aspek keselamatan.

"Jangan hanya fikir wang ringgit, fikir nyawa manusia ... saya minta mereka hentikan semua perancangan mereka ini," katanya.

Artikel Sebelum

IACC: Pengerusi TI Terus Dikritik

Artikel Berikut

Artikel Lain