suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Analisis Lanjut Flaperon Boleh Hasilkan Maklumat Berguna

Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA TERENGGANU: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa pakar-pakar untuk terus menganalisis dan menyediakan lebih banyak maklumat untuk pasukan mencari MH370.

Gesaan itu dibuat selepas Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Beliau berkata flaperon itu boleh dianalisis untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti di mana bangkai dan bahagian-bahagian lain berada.

"Maklumat tersebut akan membantu Kumpulan Kerja Strategi Pencarian yang menjalankan kerja-kerja mencari untuk bergerak ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Terengganu 2015 pada Jumaat.

Liow menyatakan lagi terima kasih kepada pihak berkuasa Perancis yang telah mengesahkan penemuan pasukan Malaysia di Toulouse kira-kira sebulan yang lalu.

"Ia juga satu masa yang sukar untuk ahli-ahli keluarga dan orang tersayang mangsa MH370 dan negara ini sentiasa bersama dengan anda," katanya sambil memberi jaminan bahawa kerajaan, bersama-sama dengan China dan Australia komited untuk meneruskan misi mencari .

Artikel Lain