suria

IIM, Mimos Meterai MoU Ujian Integriti Malaysia

PUTRAJAYA: Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Mimos akan menyaksikan penilaian psikometrik, yang disebut sebagai Ujian Integriti Malaysia (MIT) bertujuan menilai integriti seseorang individu, digunakan tidak lama lagi.

Presiden IIM, Dr Anis Yusal Yusoff berkata, ujian itu dibangunkan MIMOS sejak 2009 merupakan cara untuk memprofil kebolehpercayaan, kejujuran dan kecenderungan seseorang itu untuk menegakkan integriti dengan penuh berdisiplin.

"Ini akan membolehkan sesebuah pertubuhan itu membuat keputusan dengan didasari maklumat berhubung proses pengambilan dan perkembangan pekerja," katanya menerusi kenyataan di sini, Rabu.

MoU itu yang ditandatangani semalam bertukar-tukar antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangaudi luar Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke-16 di sini, Rabu.

Anis berkata berdasarkan keputusan ujian lima tahun, MIT kini sedia untuk pelaksanaan dalam sektor awam untuk meningkatkan standard integriti penjawat awam.

MIT adalah penilaian psikometrik berasaskan kertas yang boleh digunakan oleh pertubuhan untuk menilai sama ada pemohon pekerjaan dan pekerja sedia ada boleh diharapkan untuk bertindak dengan berintegriti.-- Bernama



IIM, Mimos, ujian integriti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain