suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno Berdiri Teguh Di Sisi Najib

JELEBU: Pergerakan Wanita UMNO akan sentiasa berdiri teguh di sisi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan padu terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata segala tohmahan yang dilemparkan kepada Najib, akan terjawab juga akhirnya nanti.

"Saya percaya selagi semua ahli UMNO memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Najib, percayalah, kemelut, dugaan dan cubaan yang beliau lalui pada hari ini akan terbukti bahawa ia hanyalah dugaan dan cabaran.

"Parti kita menjadi tumpuan serangan semua pihak, kenapa pula kita nak serahkan bulat-bulat Presiden kita kepada mereka.

"Saya mesti membawa kekuatan Wanita untuk menyokong Presiden UMNO terutama pada saat beliau menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu 2015 di Simpang Pertang, dekat sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Jelebu Datuk Jalaludin Alias.

Menyentuh isu dana RM2.6 bilion, Shahrizat berkata beliau percaya Najib tidak mempunyai niat buruk terhadap kemasukan dana tersebut ke dalam akaun peribadinya.

"Katalah Najib nak buat satu perkara yang tidak betul, takkanlah dia nak buka akaun di Malaysia atas nama dia," katanya.

Umno, Najib, Derma

Artikel Lain