suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada Asas Kukuh Tangguh Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM

PENDANG: Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mempunyai asas kukuh untuk menangguh pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ia mengambil kira aspek antara lain persediaan guru dan pelajar terutama di luar bandar.

"Pada prinsipnya mereka (LPM) sudah maklumkan kepada saya untuk menangguhkan syarat tersebut. Ada elemen yang menyebabkan ia perlu ditangguhkan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Pada Rabu lepas, Kementerian Pendidikan menerusi LPM mengeluarkan kenyataan  mengenai penangguhan syarat tersebut yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun depan.

Cadangan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM dibuat dua tahun lalu.

SPM, Bahasa Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain